Thanks For Visit My Blog. Please Come Again
Be nice and no harsh words here.
.

Sabtu, 6 Jun 2020

GAGAL UPU ? JOM MASUK KUIS. KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR TEMPAT PENGAJIAN TERBAIK.


بسم الله الرحمن الرحيم


Hai Pembaca ! Apa khabar ? Alhamdulillah syukur kepada Allah Taala masih memberikan kita nikmat kesihatan yang baik dan nikmat iman dan islam. Semoga dalam jagaan Allah selalu. 

Masih belum terlambat untuk admin mengucapkan tahniah atas kejayaan adik-adik yang berjaya menempatkan diri di UA. bagi yang kurang bernasib baik, jangan kecewa kerana masih banyak lagi tempat untuk adik-adik melanjutkan pelajaran. UA menjadi pilihan dan cita-cita untuk adik-adik meneruskan langkah dalam bidang yang adik-adik minat dengan kos pengajian yang murah dan kemudahan yang disediakan oleh UA adalah yang terbaik , namun tidak kurang hebatnya dengan IPTS yang menyediakan prasarana yang kondusif dan cukup selesa untuk mahasiswa yang bakal mendaftar di IPTS berkenanan.Melanjutkan pengajian ke IPTS bukanlah suatu perkara yang perlu dimalukan. Tiada lagi istilah budak tidak pandai, gagal dalam UPU akibat persaingan yang tinggi dan sebagainya. Itu hanya pemikiran orang kuno yang duduk di zaman paleolitik. Ramai yang memilih IPTS kerana apa?.

  1. Kursus yang ditawarkan memenuhi keperluan industri semasa & akan datang
  2. Kemudahan pembelajaran yang disediakan
  3. Pendedahan secara langsung kepada industri berkaitan kursus yang diambil
  4. Potensi yang tinggi untuk mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian
  5. Memantapkan penguasaan bahasa inggeris
  6. Peluang melanjutkan pengajian ke luar negara melalui Twinning Program dengan yuran yang murah
Disini admin akan menceritakan serba sedikit tentang tempat admin belajar serta kursus yang admin ambil dan inshaAllah akan diceritakan juga tentang pengalaman suka duka dalam tempoh 4 tahun pengajian di KUIS.

APA ITU KUIS ?

KUIS atau KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR yang bertempat di bandar seri putra Kajang Selangor darul Ehsan. Admin merupakan pelajar semester akhir dalam ijazah sarjana muda syariah dengan undang-undang dan bakal menamatkan pengajian pada bulan 11 dan menyambung latihan industri 2 bulan kemudian. 

admin akan membawa pembaca untuk menganal  kursus-kursus yang ditawarkan disini-:

KUIS menyediakan pelbagai cabang ilmu pengajian bagi melengkapkan diri seorang pelajar akan ilmu pengetahuan yang mencukupi yang mampu berdaya saing dengan kursus-kursus yang ditawarkan diluar sana disamping itu, ilmu agama juga tidak dilupakan bagi memantapkan jati diri dan keimanan dalam jiwa mahasiswa.

Secara amanya KUIS menyediakan 5 peringkat pengajian bermula dengan peringkat asasi atau dikenali sebagai pusat matrikulasi, seterusnya diperingkat diploma kemudian ijazah sarjana muda (degree) , seterusnya ijazah sarjana (master) dan terakhir adalah Ijazah Doktor falsafah (PhD)
KUIS juga menyediakan pengajian secara PERCUMA bagi mereka yang berminat untuk menyambung pelajaran di peringkat asasi dengan syarat mereka perlu menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di KUIS. sila klik link dibawah untuk melihat senarai penuh kursus-kursus yang ditawarkan.


_________________________________________________________________________________

Disini admin akan menceritakan sedikit sebanyak pengalaman admin sepanjang 4 tahun di bumi KUIS. Admin mula mengenali kuis pada awal tahun 2016 dan mendaftarkan diri pada intake kedua pada jun 2016. Suasana pembelajaran di kuis amat berbeza dengan kolej yang admin pernah belajar sebelum sebelum ini. Suasana biah solehah yang diterapkan dikuis menjadikan KUIS amat berlainan dengan IPTS yang lain. dengan pendekatan biah ini kita dapat melihat mahasiswa mahasiswi kita lebih terjaga bila mereka berada di dalam kampus. 

Semester pertama di kuis amat mencabar buat admin kerana subjek undang-undang yang sebelum ini tidak pernah kita pelajari akan dipelajari pada semester ini. bermula dengan subjek sistem perundangan di malaysia yang mana subjek ini akan membawa kita mengenal apa itu perundangan di malaysia dan sedikit sebanyak falsafah undang-undang di luar negara. subjek pada semester satu juga adalah subjek basic yang ditawarkan oleh MQA seperti ETHNICS RELATION dan ISLAMIC AND ASIAN CIVILIZATION dan ditambah dengan subjek wajib major atau wajin fakulti seperti FIQH AL-IBADAH. Dalam tempoh masa 14 minggu kita akan disbukkan dengan tugasan-tugasan tutorial, tugasan berkumpulan, Pembentangan, ujian pertengahan semester dan akhir sekali peperiksaan. jumlah jam kredit yang ditetapkan untuk ijazah sarjana muda syariah dengan undang-undang (kepujian) adalah 144 jam kredit. 

Part 2 admin post esok ☺️F

 (( jika ada persoalan boleh email admin at izyana.aisyah@gmail.com atau komen dibawah dan tinggalkan contact number nanti admin akan ws ))


2 ulasan:

  1. berapa yuran pengajiannya plak? kalau keluarga B40 mungkin x mampu la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau anak selangor biasanya akan mereka akan mohon biasiswa bayaran penuh untuk 4 tahun.
      zakat negeri juga akan bagi bantuan pendidikan setiap sem, zakat kuis pun akan bagi pada mereka yang layak.

      kebiasaannya student akan buat pinjaman PTPTN untuk meneruskan pengajian.

      Padam